SHAH ALAM, 1 OGOS: Sayap Pemuda Parti Pribumi Bersatu (BERSATU) Selangor menyifatkan pihak yang membantah usaha pengenalan tulisan 'khat' atau seni kaligrafi dalam buku teks sekolah sebagai dangkal dalam memahami sejarah dan keistimewaan tulisan itu.